Tuesday, June 8, 2010

Doa Kursus Bina Insan Guru (BIG)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى

رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama 4 hari 3 malam dalam Kursus Bina Insan Guru siri 8/2009. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan kursus ini dengan jayanya .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu.

يا منزل الرحمة ويافاتح البركة

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

يا الله يا قاضى الحاجة

Pada ketika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah tangan penuh dengan pengharapan ,Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami .Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،

وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa Majlis Makan Malam


الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لولا أن هدانا الله ، والصلاة والسلام على سيد الأنام بلغ الرسالة ونصح الأمة وكشف الغمة .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup 2010 pada malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .
Amin Ya Rabbal’alamin

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب العالـمين